Puting beliung kecil ranap khemah bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Puting beliung kecil ranap khemah bazar Ramadan

Khemah bazar
NOOR Aisah Gupri (empat dari kanan) ketika menerima kunjungan Puteri UMNO Bahagian Kapar di rumahnya di Jalan Nenas, Meru, Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lima peniaga menjual juadah berbuka berdepan ujian pada hari keenam bulan Ramadan apabila khemah mereka diserang puting beliung kecil dekat Persiaran Hamzah Alang, di sini, semalam. 

Menceritakan detik-detik kejadian itu, salah seorang peniaga, Noor Aisah Gupri, 32, dia bersama semua peniaga lain sudah menjalankan perniagaan semasa kejadian berlaku, kira-kira pukul 4.50 petang. 

“Pada mulanya, hujan turun lebat selama beberapa minit sebelum puting beliung itu muncul. 

“Apa yang mengejutkan apabila puting beliung datang dari arah bawah sebelum naik ke atas dan ia mengakibatkan khemah kami terbang dan rosak,” katanya ketika ditemui semasa majlis sumbangan Puteri UMNO Bahagian Kapar di rumahnya di Meru, di sini hari ini. 

Dalam majlis itu, sayap parti itu menyumbang sebuah khemah perniagaan baharu serta beberapa barangan keperluan asas kepada Noor Aisah sekeluarga. 

Dalam pada itu, Noor Aisah memaklumkan, puting beliung itu berlaku selama 10 minit dan akhirnya berlalu pergi kira-kira pukul 5.10 petang. 

“Habis semua lauk yang hendak dijual dan meja dan khemah rosak dek penangan puting beliung itu. 

“Saya rugi kira-kira RM700 dalam insiden itu, namun akan memulakan perniagaan semula esok (Khamis) kerana ini adalah satu-satunya mata pencarian saya,” katanya yang kali pertama berniaga dalam bulan Ramadan. 

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kapar, Ainil Hawa Mas Fangi berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Noor Aisah kerana simpati dengan nasibnya sebagai ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak. 

“Kita akan cuba bantu Noor Aisah sekiranya dia memerlukan bantuan lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya