Puting beliung, hujan batu mungkin berlaku fasa peralihan monsun

Puting beliung, hujan batu mungkin berlaku fasa peralihan monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seluruh negara dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang sepanjang fasa peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut.

Demikian peringatan diterbitkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Perdana Menteri berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Semasa fasa ini, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah dengan situasi ini amat sesuai untuk terjadi ribut petir, hujan lebat serta angin kencang,” katanya.

Keadaan tersebut ujar Nadma lagi menerusi hantaran infografik di laman sosial rasminya, akan berlaku secara menyeluruh dalam jangka masa singkat pada petang hingga malam.

Agensi itu memaklumkan bahawa fasa peralihan monsun berkenaan kelazimannya terjadi pada penghujung Mac sehingga Mei dan sekali lagi pada September sehingga Oktober.

Dari segi corak cuaca pula, Nadma menjelaskan, langit kebiasaannya cerah pada waktu pagi tetapi berubah lewat petang serta berpotensi menjana puting beliau dan hujan batu.

Senario tersebut jelasnya, berlaku di kebanyakan kawasan pedalaman dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia selain di kawasan barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Perkembangan cuaca sebegini berpotensi mengakibatkan insiden banjir kilat dan tanah runtuh di samping fenomena kepala air, pokok tumbang serta panahan kilat,” kata Nadma.

Justeru, agensi itu menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan panduan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihak MetMalaysia.

Kesan cuaca daripada fasa peralihan dua monsun berkenaan juga tambah Nadma, boleh berpotensi menyebabkan risiko kerosakan kepada struktur bangunan yang tidak kukuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya