Puteri UMNO Arau tekad bantu parti kembali bangkit - Utusan Malaysia

Puteri UMNO Arau tekad bantu parti kembali bangkit

AIDA Syafinaz Isa (dua dari kiri) bersama anggota puteri UMNO Bahagian Arau pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di ILP, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Puteri UMNO Bahagian Arau yang diketuai muka baharu, Aida Syafinaz Isa,28, akan memikul amanah yang diberikan bagi membantu parti kembali bangkit menawan hati rakyat khususnya dalam kalangan anak muda.

Justeru, sayap parti itu yang tampil dalam keadaan lebih segar akan mengatur pelbagai perancangan dalam menarik sokongan anak muda terutama dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sekali gus membantu parti kembali merampas negeri ini.

Aida Syafinaz berkata, sayap-sayap parti itu akan bekerjasama lebih erat khususnya dalam mendekati akar-akar umbi melalui pelbagai pendekatan dan program yang bakal diatur.

Malah katanya, pergerakan puteri juga akan terus memperkasa medium media sosial yang dilihat cukup penting dalam mendekati pengundi terutama golongan muda.

“Insya-Allah UMNO akan kembali bangkit semula dalam mendepani pilihan raya akan datang dan terus menjuarai hati rakyat agar kembali kepada parti tersebut

“Tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam mengetuai pergerakan puteri UMNO Bahagian Arau ini akan digunakan sebaiknya dalam membantu kebangkitan parti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Aida Syafinaz baru-baru diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Arau yang baharu selepas menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan.

AIDA Syafinaz Isa

Selain Aida Syafinaz, jawatan Ketua Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Arau juga menyaksikan tidak ada pertandingan dengan Abdul Azim Abdullah mengetuai pemuda dan Rozieana Ahmad pula memimpin wanita.

Tambah Aida Syafinaz, barisan kepemimpinan puteri kali ini juga menyaksikan mereka yang berumur di bawah 30 tahun sekali gus bakal menjadi pelapis sayap itu pada masa depan.

“Kita yakin barisan puteri UMNO mampu untuk bangkit semula malah hubungan antara setiap ahli juga semakin kukuh dalam memastikan pemerkasaan parti berkenaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya