Pulau Pinang perlu bayar caj air mentah dari Sungai Muda

Pulau Pinang perlu bayar caj air mentah dari Sungai Muda

PHAHROLRAZI MOHD. ZAWAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu bahawa Kedah mempunyai hak untuk mengenakan caj kepada kerajaan Pulau Pinang bagi bekalan air mentah yang diambil dari Sungai Muda, di sini.

Menurut Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi (Pakatan HarapanAlor Mengkudu), adalah munasabah kerajaan negeri menuntut bayaran itu ekoran usaha pemuliharaan yang perlu dilaksana bagi memastikan kawasan hutan simpan di negeri ini terjaga.

“Apa yang berlaku dengan permintaan caj air mentah ke Pulau Pinang? Saya dengar ada panel peguam. Apakah statusnya? Pada saya, munasabah untuk Pulau Pinang bayar kepada Kedah.  Kita (Kedah) kena pelihara hutan (tadahan air), sungai kena jaga. Semua ini mengeluarkan kos.

“Bagaimanapun, saya sedar tidak ada peruntukan dari sudut undang-undang (untuk kenakan pertuduhan),” katanya ketika membahaskan usul titah perasmian Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keenam DUN Kedah ke-14 2023 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bertanya mengenai status panel peguam yang dilantik kerajaan negeri tahun lepas untuk menguruskan permintaan daripada Pulau Pinang bagi penggunaan air mentah.

Tambah bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah itu, permintaan tersebut adalah munasabah memandangkan rakyat Kedah sendiri terpaksa membayar air yang digunakan di negeri ini.

“Mereka (Pulau Pinang) sepatutnya membayar kerana kita (Kedah) tanggung kos memelihara hutan dan sungai. Malah rakyat kita membayar air. SADA (Syarikat Air Darul Aman) perlu membayar (untuk mengeluarkan air dari sungai). Tiba-tiba orang lain ambil air tanpa bayar. Jadi, apa yang berlaku kepada panel (undang-undang),” katanya.

Pada tahun lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu, kerajaan negeri melantik panel peguam untuk menguruskan tuntutan RM50 juta daripada Pulau Pinang bagi air mentah yang diekstrak dari Sungai Muda.

Pulau Pinang bagaimanapun menolak permintaan itu dan mendakwa bahawa mereka tidak diwajibkan membayar kepada Kedah untuk mengeluarkan air mentah dari Sungai Muda yang berasal dari tadahan air Ulu Sungai Muda di negeri ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya