PTPTN umum pemenang Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN - Utusan Malaysia

PTPTN umum pemenang Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

PEMENANG utama Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN, Khoo Lee Hah membawa pulang Mercedez Benz C200 Avantgard.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan pemenang bagi Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah hampir RM1 juta.

Kempen itu merupakan kempen tahunan yang sangat memberi impak positif kepada trend simpanan sebagai usaha menggalakkan penabungan dan menghargai pendeposit setia Simpan SSPN.

Ia juga merupakan simbolik dalam memperkasa amalan penabungan sempena Jubli Perak 25 Tahun PTPTN yang disambut pada tahun lalu.

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN layak disertai oleh pendeposit Simpan SSPN dan telah berlangsung pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Menurut PTPTN, terdapat tiga kategori cabutan iaitu Cabutan Siri Silver 1, 2 & 3, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Tahunan Jubli Perak dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

PEMENANG kategori Cabutan Siri Silver 3 menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,525 sempena 25 Tahun PTPTN.

Pemenang utama Cabutan Tahunan Jubli Perak akan membawa pulang sebuah kereta Mercedes Benz C200 Avantgard, diikuti hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 bagi pemenang tempat kedua dan RM50,000 bagi pemenang tempat ketiga.

Sementara itu, 22 pemenang akan membawa pulang hadiah saguhati sebuah motosikal Honda RS150 setiap seorang.

Selain itu, bagi Cabutan Siri Silver 3, wang tunai berjumlah RM2,525 untuk setiap pemenang ditawarkan kepada 25 pemenang.

Seterusnya bagi Cabutan Khas Babyku Simpan seramai 250 pemenang menerima wang tunai berjumlah RM1,000 untuk setiap pemenang.

Majlis penyampaian hadiah Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN telah diadakan di Mercedes Benz, Cycle & Carriage Bintang Berhad Petaling Jaya, Selangor yang disempurnakan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

NG Keat Yung, salah seorang pemenang bagi kategori Khas Babyku Simpan, Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN.

Turut hadir, pihak syarikat pengendali takaful daripada Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB), Great Eastern Takaful (GETB)
serta pengurusan PTPTN.

Seorang Guru dari Pulau Pinang, Khoo Lee Hah telah menerima durian runtuh apabila membawa pulang sebuah kereta Mercedes Benz C200 Avantgard setelah muncul sebagai pemenang utama bagi kategori Cabutan Tahunan Jubli Perak.

Pemenang berusia 39 tahun itu mula menabung dalam Simpan SSPN Plus (pakej topaz) sebanyak RM100 sebulan untuk anak beliau sejak 2016.

Latinah Daluhin, 37, berasal dari Sabah pula telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dengan menerima wang tunai berjumlah RM100,000.

Seterusnya, Yip Meng Leong, berusia 49 tahun, dari Selangor pula memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Mengulas tentang kejayaan kempen ini, Ahmad Dasuki berkata: “Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada semua pemenang. Semoga dengan kemenangan ini memberi suntikan dan dorongan kepada orang ramai untuk menabung melalui Simpan SSPN.

“Sejak Simpan SSPN dilancarkan pada 2004, PTPTN terus melakar kejayaan dengan mencatatkan terimaan deposit Simpan SSPN yang sangat memberangsangkan. Alhamdulillah, pada tahun ini, prestasi Simpan SSPN dijangka terus merekodkan pertumbuhan positif”.

AHMAD Dasuki Abdul Majid (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Cabutan Tahunan Jubli Perak.

Menurutnya, sehingga 31 Januari 2023, jumlah keseluruhan deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM14.38 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 5.79 juta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pendeposit setia yang menyokong usaha PTPTN selama ini,” katanya.

Simpan SSPN merupakan instrumen simpanan yang menyediakan pelbagai keistimewaan dan manfaat yang seharusnya dijadikan pilihan utama sebagai tabung pendidikan bagi memastikan peluang kejayaan dan jaminan masa depan untuk anakanak.

Pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya