PRN: Pas Terengganu yakin rampas 10 kerusi BN

PRN: Pas Terengganu yakin rampas 10 kerusi BN

HUSAIN AWANG 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas Terengganu yakin dapat merampas 10 kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) yang dikuasai Barisan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, beliau percaya Pas mampu mengekalkan pentadbirannya di negeri ini dengan lebih kukuh menerusi tambahan bilangan kerusi DUN.

Katanya, kemenangan besar itu bersandarkan kejayaan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita sudah ada 22 kerusi  (DUN), memang adatnya 22 kerusi tu mesti tidak berubah, cuma kita sedang usaha untuk menawan 10 lagi yang berbaki,” katanya selepas Majlis Penyerahan Tabung Keprihatinan Bantuan Kemanusian untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Pada majlis itu,  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyerahkan sumbangan tersebut sebanyak hampir RM800,000.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Marang berkenaan turut menyampaikan kuliah dhuha mingguan seperti biasa di masjid tersebut.

Dalam pada itu, Husain memberitahu, setakat ini Pas dan rakan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) masih dalam peringkat rundingan dalam memilih calon yang akan ditampilkan pada PRN nanti.

“Pengagihan kerusi bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga belum diputuskan,” ujarnya.

Pada PRU14, Pas berjaya memenangi sebanyak  22 kerusi DUN manakala UMNO pula 10 kerusi.

Selain Terengganu, terdapat lima negeri lain yang belum mengadakan PRN iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya