PRN: BN-PH serah urusan rundingan kerusi di peringkat negeri - Utusan Malaysia

PRN: BN-PH serah urusan rundingan kerusi di peringkat negeri

AHMAD ZAHID Hamidi dan Chow Kon Yeow menyantuni pelajar tahfiz pada majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran KKDW di Masjid al-Islah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam ini. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Formula pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di Pulau Pinang mungkin tidak akan dibincangkan secara menyeluruh pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung pada 14 Mei depan.

Sebaliknya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, formula itu akan diserahkan kepada Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang untuk dibincangkan sesama sendiri.

“Kami (pimpinan) di peringkat nasional ini (hanya menguruskan) dari segi dasar sahaja,” ujarnya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Masjid al-Islah, Pokok Tampang di sini, malam ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menambah, meskipun meletakkan sasaran UMNO dan PH ‘wajib’ menang PRN terutama di Pulau Pinang, namun keserasian antara parti turut ditekankan ketika ini.

“Kita perlukan ‘good chemistry’ (hubungan yang baik) antara pemimpin untuk semua parti (dalam Kerajaan Perpaduan) dan ini perlu dilakukan di peringkat akar umbi lagi.

“Itu cadangan kami supaya di semua peringkat akan merasai keserasian itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berpendapat, masih terlalu awal untuk membayangkan parti mana yang akan memenangi paling banyak kerusi pada PRN akan datang.

Ujarnya, apa yang penting ketika ini adalah rundingan berasaskan ‘boleh menang’ dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Kita bukan bertanding dengan hasrat untuk mendapatkan jumlah-jumlah (kerusi) yang tertentu, tapi, untuk mendapatkan kemenangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya