PETALING JAYA: Sebuah premis dipercayai menjalankan kegiatan melombong mata wang kripto di USJ 21/10, di sini, terbakar, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.55 petang.
“Seramai 17 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong ke lokasi kejadian Sebaik sahaja tiba, kami dimaklumkan sebuah premis dipercayai kedai komputer yang melombong mata wang kripto didapati terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, kebakaran itu membabitkan kedai dua tingkat yang dianggarkan musnah kira-kira 80 peratus.
“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini,” katanya. – UTUSAN