Positif dadah, Yoo Ah-in mohon maaf - Utusan Malaysia

Positif dadah, Yoo Ah-in mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Yoo Ah-in yang kini disiasat polis ekoran salah guna dadah, tampil memohon maaf di Instagram.

Menerusi kenyataan panjang lebar, pelakon filem Seoul Vibe itu memaklumkan dia bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menerima kritikan yang dilayangkan terhadapnya susulan penangkapan tersebut.

“Saya mohon maaf kepada mereka yang bekerja dengan saya dalam filem, drama, iklan dan banyak lagi.

“Saya akan galas tanggungjawab ini. Saya sedar, kesalahan ini tidak boleh ditutup dengan alasan. Tindakan saya yang mempertahankan diri, tidak akan menutup kesilapan ini.

“Saya akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan polis, dan sedia dikritik serta menerima hukuman selaras undang-undang,” tulisnya.

Polis pada 5 Februari lepas menahan pelakon itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Hasil ujian air kencing mendapati Ah-in positif tetrahydrocannabinol, salah satu unsur dalam dadah jenis ganja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya