Politik dendam Anwar kita lawan

Politik dendam Anwar kita lawan – Setiausaha Agung Bersatu

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diseru melawan naratif pendakwaan terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa, tindakan itu jelas sengaja dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tan Sri (Muhyiddin) perlu kita pertahankan, dengan kudrat yang ada, kami perjuangkan. Dasar Anwar yang menindas rakyat serta politik dendam harus kita lawan demi rakyat dan demi negara.

“Kerana itu kita mahukan khidmat Tan Sri, khidmat beliau belum berakhir dan masih diperlukan,” katanya dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini.

Katanya, Muhyiddin juga akan menjadi simbol Perikatan Nasional (PN) yang lebih besar di masa akan datang.

“Mungkin kerana amat sukar untuk mencari kesalahan individu Tan Sri, maka penindasan semata-mata kerana Bersatu dan PN yang kita sayangi.

“Tan Sri bukan sekadar Presiden, beliau simbol penentangan kepada kemungkaran dalam menegakkan keadilan dalam negara.

“Jangan dinoktahkan perjuangan suci ikhlas dan jujur. Hasrat untuk tamatkan perjuangan Tan Sri tidak kami izinkan sama sekali, kami mahu Tan Sri terus berjuang sebagai Presiden dan kita perlu bangkit mempertahankan maruah parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya