Polis Sandakan siasat dakwaan anggota terlibat salah laku

Polis Sandakan siasat dakwaan anggota terlibat salah laku

TANGKAP layar video tular menunjukkan anggota polis menerima sesuatu daripada orang awam di Sandakan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai video tular membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai menerima sesuatu daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan menerima maklumat mengenai video tular berkenaan.

Beliau berkata, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sekiranya ada salah laku yang dilakukan oleh anggota dalam video tular berkenaan.

“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan juga pihak yang memberi (suapan),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta untuk berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, Asisten Superitendan Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya