Polis nafi JPJ punca penunggang kemalangan - Utusan Malaysia

Polis nafi JPJ punca penunggang kemalangan

Penunggang
KEADAAN mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dekat Bandar Sultan Suleiman di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis menafikan dakwaan mengenai seorang penunggang motosikal maut akibat sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara di sini, kelmarin.

Perkara itu tular menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ berada berdekatan mangsa yang terbaring di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada waris lelaki berusia 21 tahun itu, pukul 9.24 tadi.

Beliau menegaskan, siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada penunggang berkenaan hilang kawalan dan terbabas dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala Shah Alam.

“Polis menafikan dakwaan mengatakan mangsa meninggal dunia berpunca JPJ membuat sekatan jalan raya berdekatan lokasi kejadian. Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR),” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Tambah Vijaya Rao, pegawai JPJ yang tular menerusi gambar itu sedang membuat kawalan lalu lintas di lorong kanan bagi memastikan keselamatan mangsa.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Abdul Azim Mazlan di talian 013-4146144 atau balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya