Polis kesan pemandu trak tunda ubah laluan di LDP

Polis kesan pemandu trak tunda ubah laluan di LDP

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu trak tunda yang mengubah laluan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan One Utama menyebabkan motosikal terbabas dan melanggar kereta semalam.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan video berdurasi 17 saat dimuat naik pukul 10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video itu memaparkan trak tunda mengubah laluan menyebabkan motosikal mengelak sehingga terbabas dan melanggar kereta di lorong kiri.

Katanya, berdasarkan rakaman kejadian itu berlaku pada pukul 4.57 petang semalam.

“Polis sudah menerima laporan daripada penunggang motosikal dan pemandu kereta tersebut.

“Polis sedang mengesan pemandu trak tunda untuk diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis meminta pemilik atau pemandu trak tunda yang terbabit atau mana-mana saksi yang melihat kejadian itu tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh berhubung dengan penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Ainurur Firdaus Mahusin di talian 0176345114,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya