PM ucap selamat Hari Tentera Darat ke-90

PM ucap selamat Hari Tentera Darat ke-90

- FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Hari Tentera Darat Malaysia ke-90 kepada seluruh warga Angkatan Tentera Darat.

Perdana Menteri menyatakan penghargaannya kepada  warga Tentera Darat kerana sentiasa komited dalam melaksanakan tugas menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

“Jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa dikenang oleh rakyat keseluruhannya.

“Semoga Angkatan Tentera Darat terus menjadi sebuah pasukan yang mantap dan dihormati di persada dunia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, istiadat perbarisan yang penuh rejimental dan tradisi ketenteraan melibatkan 16 kor dan rejimen Tentera Darat Malaysia antara kelainan yang dibawa dalam Istiadat Perbarisan dan Perutusan Sempena Hari Tentera Darat Ke-90 diadakan di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. 

Untuk rekod, hari Tentera Darat yang disambut setiap tahun itu merupakan acara tradisi dianjurkan bertujuan mengukuhkan kesatuan warga tentera darat dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

Ia selain mengenang kembali pengorbanan warga tentera terdahulu yang telah berjuang demi mengekalkan kedaulatan negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya