PM bayang ada berita gembira penggulungan Belanjawan 2023

PM bayang ada berita gembira penggulungan Belanjawan 2023

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Perjumpaan bersama Warga JPM bagi Bulan Mac 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan awal mungkin ada pengumuman berita gembira pada penggulungan Belanjawan 2023 nanti.

“Insya-Allah pada Khamis ini saya dijangka memberi suatu gambaran positif dan lebih baik berdasarkan kepada jumlah sebenar hasil pendapatan negara kita ketika ini,” katanya ketika berucap pada Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Mac 2023di sini hari ini.

Pada 24 Februari lalu, beliau yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan Membangun Malaysia Madani dengan peruntukan dana RM388 bilion.

Ini adalah kali pertama pembentangan berkenaan di bawah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk beliau pada 24 November tahun lalu selepas tamat Pilihan Raya Umum Ke-15.

Mengulas lanjut, Anwar walau bagaimanapun tidak pula menyatakan dengan terperinci apakah khabar gembira tersebut tetapi memberi sedikit gambaran secara berseloroh.

“Apabila pendapatan negara ini semakin bertambah, kadar skim gaji penjawat awam, insya-Allah juga akan tentu naik juga tetapi untuk bulan ini, tidak mungkinlah,” jelasnya.

Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, beliau terdahulu merujuk kejayaan kerajaan memperoleh kembali penyelesaian dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya mendapatkan semula dana AS$1.8 bilion ((RM8.06 bilion) daripada firma International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS.

Menyentuh prospek unjuran pendapatan negara, Anwar ternyata amat optimis dan dalam nada positif, beliau berbangga komitmen penjawat awam meningkatkan hasil kerajaan.

TAMAT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya