PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan ada pihak dalam kalangan orang yang kehilangan kuasa cuba meniupkan api perkauman dan agama di negara pada masa ini. Dalam hal itu, beliau mengigatkan bahawa kerajaan tidak sekali-kali mengizinkan sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk cuba mengadu-domba dan menghangatkan suhu kaum dan agama di negara ini. Anwar menegaskan, seluruh pasukan Kabinet pimpinannya akan memastikan bahawa keamanan dan perdamaian semua kaum mesti dipertahankan sekali gus tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana usaha mengganggu-gugat keselamatan negara. Untuk itu, beliau mengarahkan seluruh pasukan keselamatan agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya