Pintas Utama bayar zakat RM1.5 juta

Pintas Utama bayar zakat RM1.5 juta

SULTAN Selangor mencemar duli menerima penyerahan zakat daripada Zainudin Karjan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat korporat bumiputera, Pintas Utama Sdn. Bhd. menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM1.5 Juta dalam satu majlis di Masjid Al-Istiqamah, Kayangan Heights, Shah Alam, semalam. 

Pengerusi Eksekutif Pintas Utama, Tan Sri Ir. Zainudin Karjan berkata, sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, syarikat itu sentiasa komited dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat.

Katanya, usaha seperti itu sewajarnya menjadi contoh kepada syarikat korporat di luar sana untuk membantu meningkatkan ekonomi golongan asnaf demi kelangsungan hidup mereka.

“Saya percaya, keberkatan rezeki berdasarkan kejayaan syarikat ini terselit rezeki untuk dikongsi bersama umat Islam yang lain terutamanya golongan asnaf. 

“Amalan sedekah dalam konteks Islam juga merupakan manifestasi silaturrahim sesama saudara seagama seperti sebuah sistem takaful yang membantu golongan yang memerlukan bantuan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan awam itu juga telah melaksanakan program khidmat masyarakat melalui Yayasan Pintas Utama dan membantu lebih 30 buah rumah anak yatim di seluruh semenanjung Malaysia.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima penyerahan zakat tersebut. 

Majlis penyerahan zakat itu dilaksanakan bersamaan majlis perasmian masjid dan berbuka puasa baginda bersama rakyat serta penyampaian sumbangan hari raya.

Pada majlis itu, Sultan Selangor turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat fardu Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama rakyat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya