Pilih yang boleh bekerja, boleh hormati Presiden UMNO - Khaled

Pilih yang boleh bekerja, boleh hormati Presiden UMNO – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perwakilan UMNO diseru memilih calon yang ‘boleh bekerja’ dan boleh menghormati Presiden dan Timbalan Presiden parti dalam Pemilihan Jawatankuasa Bahagian dan Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 18 Mac ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang terpilih mempunyai tugas penting dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada soal pemulihan parti selain memberikan sumbangan kepada negara.

“Suka atau tidak, kita sudah pun memilih Presiden dan Timbalan Presiden. Maka penting sesiapa pun yang nak kita letakkan, dia boleh bekerja dan menghormati Presiden dan Timbalan Presiden.

“18 Mac ini perlu dijadikan sebagai satu tarikh di mana selepas itu cukup-cukuplah kita berpolitik, kita kena beri tumpuan kepada soal merawat UMNO, menjayakan UMNO dan memastikan UMNO dapat menyumbang secara bermakna kepada pembangunan dan kemajuan orang Melayu dan Malaysia,” katanya.

Justeru, katanya, perwakilan perlu memainkan peranan dalam pemilihan nanti terutama soal memperkasakan parti serta menentukan hala tuju parti.

“Saya berharap dan menyeru kepada perwakilan supaya perkuatkan kembali UMNO. Saya percaya UMNO masih lagi relevan dan masih ada tempat dalam kalangan orang Melayu. 18 Mac ini tujuan kita adalah memulakan perjalanan menguatkan parti melalui pasukan yang nak dibentuk,” katanya.

Mohamed Khaled akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini bersama seorang lagi penyandang, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kedua-duanya akan dicabar oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Hasni Mohammad, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya