PETALING JAYA: Filem ‘Pulau menjadi persoalan apabila dibenarkan tayangan filem di pawagam, setelah Kerajaan Terengganu telah mengharamkan ditayangkan di seluruh negeri.
Menurutnya, ini secara langsung memberi Lulus Dengan Pengubahan (LDP) wajib dengan pemotongan dan mendapat klasifikasi P13 untuk tayangan umum di Malaysia.
“Namun keputusan LPF ini tidak dihormati oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) malah memberi arahan kepada pawagam mengharamkan tayangan filem Pulau tanpa sebab.
“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang telah meluluskan filem Pulau di bawah Peraturan Skim Wajib Tayang FINAS,Akta 244,juga tidak dihormati oleh PBT,” jelasnya.
Sehubungan itu, PBT Terengganu melanggar peruntukan Akta 244 yang membuat pihak pawagam keliru, atas arahan dari siapa yang perlu dipatuhi dan boleh dikenakan tindakan daripada pihak FINAS atau PBT sekiranya melanggar arahan.
Disebabkan kuran penjelasan atas arahan pengharaman tayangan , PFM tidak menghantar sebarang rayuan kepada Kerajaan Terengganu.
“Yang kami jelas, Kerajaan Terengganu mengutip hasil 25% Cukai Hiburan melalui PBT dari setiap penjualan tiket di pawagam.
“Sama ada filem tempatan atau filem luar negara yang lebih terbuka dengan tidak mengira apa-apa klasifikasi yang telah diluluskan oleh LPF,” katanya.
Beliau juga memaklumkan tiada apa-apa sebab dan arahan yang tidak membenarkan tayangan filem Pulau di negeri tersebut.
“Ini juga menunjukan pertindihan arahan atas kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu,” jelasnya.
PFM berharap agar Kerajaan negeri Terengganu bertanggungjawab dengan kemelut tersebut sudah pasti industri perfileman tempatan yang menjadi mangsa.
Tambahnya ini, perkara itu mengganggu proses pemulihan ekonomi industri perfileman negara ini.
Hal ini kerana, katanya Ianya juga dilihat oleh penerbit atau pelabur dari luar negara yang mempunyai hasrat untuk melabur kepada industri perfileman tempatan.-utusan