KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM101.6 bilion pada tahun lalu, tertinggi dalam sejarah syarikat itu. Petronas turut merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM375.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding RM248 bilion tempoh sama tahun sebelumnya. Untung bersih (PAT) yang dicatatkan syarikat minyak dan gas nasional itu adalah peningkatan 100 peratus daripada RM50.9 bilion pada 2021. Prestasi itu didorong oleh harga produk utama iaitu minyak dan gas yang lebih tinggi. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) Petronas juga meningkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya