JULAU: Pesara guru yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Sungai Kanowit, Nanga Meluan pada petang Isnin lalui ditemukan lemas pagi tadi.
Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mayat mangsa ditemukan dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) sekitar jam 11.26 pagi Khamis.
“Sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) pasukan telah meluaskan usaha pada radius tiga kilometer dengan bantuan Polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.
“Pagi tadi mayat ditemukan pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi PKB dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Mangsa dikenali senagai Arim Badok, 70 tahun dan susulan penemuan itu operasi SAR ditamatkan.
Pada malam Selasa,seoranh pesara guru dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika memasang pukat di Sungai Kanowit, Nanga bersama rakannya.
Rakan mangsa yang membuat laporan terbabit sempat melihat mangsa berpaut pada baldi kira-kira jarak 30-meter sebelum hilang.- utusan