SUNGAI PETANI: Seorang pesakit buah pinggang kronik merayu bantuan RM5,000 untuk melakukan pembedahan tapak dialisis di tangan kanannya bagi menjalani rawatan hemodialisis secepat mungkin. Ketika ini, Afnizam Md. Zuki, 47, dari Kampung Titi Mandi Lembu, Jalan Kuala Ketil sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak dua minggu lalu akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani dialisis menggunakan tapak sementara di pahanya. “Sebelum ini saya mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sumbangan rakan-rakan sekerja untuk melakukan dua pembedahan tersebut. “Pembedahan kedua pada 2021 menelan belanja sebanyak RM11,000…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya