Permohonan, kelulusan pekerja asing ditangguh mulai hari ini

Permohonan, kelulusan pekerja asing ditangguh mulai hari ini

V. SIVAKUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing bermula hari ini.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ini termasuk penangguhan melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut beliau, keputusan itu bagi memastikan bahawa majikan yang telah diberikan kelulusan kuota akan mula membuat perancangan bagi kemasukan segera pekerja asing yang diperlukan.

“Saya menggesa semua majikan yang telah diluluskan kuota pekerja asing untuk menyegerakan proses kemasukan pekerja dalam tempoh masa ini.

“Tambahan pula, jumlah kemasukan pekerja asing adalah masih rendah berbanding jumlah kuota yang telah diluluskan oleh kementerian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sivakumar berkata, setakat 14 Mac lalu, pihaknya meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing bagi sektor berkaitan.

Jumlah itu meliputi sektor pembinaan (342,106); perkhidmatan (143,568); perkilangan (387,122); perladangan (76,325); perlombongan dan pengkuarian (376); dan pertanian (45,899).

Katanya, jumlah kelulusan kuota ini mengambil kira permohonan kuota pekerja asing yang diproses secara biasa dan menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang merangkumi lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja).

“Kelulusan kuota pekerja asing setakat ini dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh industri termasuk di sektor kritikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya