KANGAR: Sebanyak 5.1 tan metrik hasil pengeluaran padi direkodkan setiap hari di Perlis pada tahun lalu sekali gus mampu menampung keperluan rakyat. Pengeluaran hasil padi di Perlis pada musim ini juga tidak menunjukkan penurunan ketara berbanding musim-musim sebelumnya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata, pesawah di Perlis juga tidak berdepan masalah pembekalan benih padi sah (BPS). Menurut beliau, ini memandangkan sumbernya boleh didapati melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pembekal-pembekal luar. “PPK MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) turut membuat pesanan awal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya