Perjuangan UMNO Tidak Ada Galang Gantinya - Muzafar

Perjuangan UMNO Tidak Ada Galang Gantinya – Muzafar

MUZAFAR Ali Khan Mohd Sidek (kiri) bertanding sebagai calon MKT UMNO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perjuangan UMNO dalam meninggikan syiar agama, memartabatkan bangsa dan mendaulatkan tanah air selama ini membuktikan bahawa khidmat dan jasa parti ini lain daripada yang lain berbanding parti-parti politik yang wujud di negara ini.

Menurut calon Majlis Kerja Tertinggi pada pemilihan UMNO 2023 kali ini, Muzafar Ali Khan Mohd. Sidek, walaupun pelbagai kritikan yang dilontarkan terhadap UMNO, namun hakikatnya segala jasa bakti itu dalam membangunkan negara tidak dapat disangkal rakyat, khususnya umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Justeru, azam untuk memastikan UMNO terus kekal relevan di hati rakyat, menjadi sebab utama Ketua UMNO Cawangan Sultan Ismail Bahagian Bukit Bintang itu tergerak untuk menyertai pemilihan kali ini dalam usaha memastikan UMNO terus kukuh dalam persada politik tanah air.

“Ketika UMNO dilanda badai ketika kalah pada PRU14 sebelum ini, saya tetap setia bergerak dan berjuang di peringkat akar umbi untuk memastikan UMNO kembali mendapat sokongan rakyat.

“Tidak terlintas dalam fikiran untuk melompat ke parti lain, biarpun UMNO tidak lagi menjadi kerajaan ketika itu, kerana saya tahu perjuangan UMNO tidak ada galang gantinya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun pelbagai tohmahan dan kritikan terhadap UMNO, namun ia tidak dapat menyangkal jasa dan perjuangan UMNO selama ini dalam menegakkan syiar agama, memartabatkan bangsa dan mendaulatkan tanah air.

Justeru, katanya, pada pemilihan kali ini saya tergerak untuk bertanding supaya diberi ruang dan peluang untuk sama-sama menabur bakti bagi memperkukuhkan parti pada masa yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Bintang pada penggal lepas turut menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang.

Kata calon MKT pemegang nombor 68 itu,  memohon para perwakilan di seluruh negara member ruang dan peluang kepadanya untuk sama-sama menggembleng tenaga dalam usaha untuk menjadikan parti terus segar dan kekal relevan di mata rakyat di negara ini.

“Insya-Allah, sekiranya diberi ruang dan peluang saya akan berkhidmat kepada parti dengan sehabis baik bagi memastikan UMNO terus kekal dan kukuh dalam persada politik tanah air.

“Sudah tentu perjuangan kali ini bukan mudah, namun saya yakin, sekiranya pemimpin muda UMNO diberi peluang dalam pemilihan kali ini, kita akan memastikan UMNO kembali pilihan nombor satu rakyat dengan dasar dengan meneruskan perjuangan membela rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya