Perinci jumlah kekurangan pemandu bas ekspres - Utusan Malaysia

Perinci jumlah kekurangan pemandu bas ekspres

Pemandu bas
ANTHONY Loke Siew Fook melihat model bas dua tingkat baharu, B11RLE keluaran Volvo selepas melancarkannya di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua persatuan bas ekspres diminta memperincikan jumlah sebenar kekurangan pemandu bagi mengatasi isu dihadapi industri itu di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu dibangkitkan menerusi pertemuan khas  pihaknya bersama wakil persatuan bas minggu lalu.

Jelas beliau, isu kekurangan pemandu itu diakui bukan saja melibatkan bas ekspres malah bas henti-henti dan lori.

“Justeru, persatuan diminta memberi maklumat terperinci mengenai jumlah pemandu yang tidak mencukupi itu, negeri mana dan siapa operator atau syarikat bas berkenaan.

“Perkara itu penting bagi memudahkan kerajaan menjalin kolaborasi strategik bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berkenaan,” katanya selepas merasmikan bas dua tingkat Volvo B11RLE sini, hari ini.

Pelancaran bas dua tingkat pintu masuk rendah yang bakal diserahkan kepada Sani Express Sdn. Bhd. (Sani) itu turut disaksikan Duta Sweden ke Malaysia, Dr. Joachin Bergstrom.

Jelas Siew Fook, langkah mengatasi isu itu antaranya membuka peluang pekerjaan dalam industri pengangkutan secara lebih meluas di semua kawasan.

“Sebagai contoh, kita boleh membuat job fair bukan saja di negeri atau bandar utama malah daerah dan kawasan lain. Ia berikutan masalah kekurangan pemandu bas timbul sejak pandemik Covid-19 dan ada golongan muda di luar bandar turut berminat menceburinya,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan menerusi Belanjawan 2023 sebelum ini turut mengumumkan akan menampung pemandu yang mahu mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Dalam pada itu, Siew Fook berkata, pihaknya amat mengalukan cadangan persatuan mengenai penyediaan bas bersaiz lebih panjang oleh syarikat bas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya