Peras ugut: Lima polis dibebas, siasatan dirujuk ke pendakwa raya - Utusan Malaysia

Peras ugut: Lima polis dibebas, siasatan dirujuk ke pendakwa raya

Mercun
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sekumpulan lima anggota termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama empat hari berhubung kes pemerasan terhadap sekumpulan warga China disyaki terbabit aktiviti scammer.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemuanya dibebaskan semalam selepas siasatan terhadap mereka lengkap dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Setakat ini, tiada penemuan wang tunai ditemui keatas semua suspek dan polis percaya kes tersebut adalah berkaitan dengan serbuan yang dipercayai dilakukan ke atas kegiatan scam melibatkan warganegara China.

“Polis juga sedang menyiasat pengadu dan kumpulan beliau yang kemungkinan terlibat dalam aktiviti scammer ini,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan kesemua anggota dan pegawai polis bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu ditahan dan direman selepas dipercayai terlibat dalam kes pemerasan melibatkan wang tunai berjumlah RM150,000.

Menurut Hussein, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan pada Khamis lepas, yang menyatakan beliau telah diperas ugut oleh seorang pegawai dengan beberapa anggota polis yang berpangkat sarjan, koperal dan seorang konstabel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya