Penyu lipas kembali ke pantai Pulau Pinang selepas 4 tahun - Utusan Malaysia

Penyu lipas kembali ke pantai Pulau Pinang selepas 4 tahun

ANAK-ANAK penyu lipas yang dijumpai di sekitar kawasan pantai Teluk Bahang dialihkan ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut, Pulau Pinang untuk tujuan pemuliharaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Sebanyak 110 ekor anak penyu lipas berjaya dialihkan ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut, di sini selepas dijumpai di sekitar kawasan pantai sekitar Teluk Bahang, Rabu lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Perikanan Pulau Pinang, spesis penyu lipas itu kembali ke Pulau Pinang selepas kali terakhir dijumpai bertelur di kawasan pantai negeri ini, empat tahun lalu.

”Pada 15 Mac lalu, Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah menerima laporan daripada orang awam yang menjumpai anak-anak penyu lipas menetas di pantai sekitar Teluk Bahang.

“Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber telah ke tempat kejadian dan mendapati terdapat 110 ekor anak penyu lipas telah menetas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, anak-anak penyu lipas berkenaan telah dibawa ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut untuk tujuan pemuliharaan dan penjagaan lanjut sebelum dilepaskan ke laut.

“Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang awam yang melaporkan keberadaan penyu di pantai sekitar Pulau Pinang.

“Semoga dengan usaha dan kerjasama baik seperti ini spesis penyu yang semakin pupus ini dapat dipulihara demi menjamin kelestarian populasi spesis ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya