Penyerang Kamal Adli didakwa di mahkamah hari ini

Penyerang Kamal Adli didakwa di mahkamah hari ini

kamal adli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli dalam sebuah acara di Singapura, kelmarin didakwa di mahkamah hari ini.

Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki berusia 33-tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

“Kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan,” lapor Bernama malam tadi.

Terdahulu, SPF berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai satu kes di Ekspo Singapura pada pada 9.19 malam, kelmarin apabila suspek telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi kejadian.

Katanya, antara dirampas senjata dipercayai digunakan iaitu cota bagi membantu siasatan.

“SPF mengamalkan sifar toleransi terhadap apa-apa tindakan keganasan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” lapor agensi itu.

Semalam, isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose memberitahu, Kamal telah sedar namun berada dalam keadaan mamai selepas selesai prosedur pembedahan kini berehat bagi rawatan susulan.

“Alhamdulillah, Kamal dah sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian, akhir zaman,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Ahad lalu, media melaporkan pelakon berusia 36 tahun tersebut cedera di kepala apabila diserang individu tidak dikenali ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura.

Kejadian mengejutkan itu berlaku secara tiba-tiba dan penjenayah tersebut sudah diberkas selepas orang ramai menahan individu tersebut.

Kongsi Uqasha kepada Utusan Malaysia, Kamal dipukul di bahagian kepala dan pipi berkali kali dan penjenayah tersebut turut mengugut untuk mencederakan pelakon itu serta adik-beradiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya