Penyerahan bendera kontinjen ragbi

Penyerahan bendera kontinjen ragbi

SEBAHAGIAN daripada pemain ragbi negeri Pulau Pinang yang dipilih bergambar kenangan di Auditorium F Tingkat 5 Komtar, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang memilih 25 pemain bagi menyertai Kejohanan MAKSAK Games Ragbi Peringkat Kebangsaan 2023 selama tiga hari mulai 9 Mac ini di Stadium Ragbi Ipoh, Perak.

Pengurus pasukan itu, Mohd Abdul Nasir Kalib berkata, beberapa latihan intensif diadakan dengan jurulatih, Mohd Ariff Redza Yusoff, termasuk perlawanan persahabatan menentang pasukan Polis Pulau Pinang, KMRC Kedah dan KL Saracan sebelum menyertai kejohanan peringkat kebangsaan kali ini.

Katanya, pemain dipilih ini adalah kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya