Pensyarah Kanan UMS saintis Malaysia pertama jalankan

Pensyarah Kanan UMS saintis Malaysia pertama jalankan penyelidikan musim sejuk di Antartika

HAJIJI Noor (kiri) menyerahkan bendera Sabah kepada Dr. Justin Sentian di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sains (UMS), Prof Dr. Justin Sentian akan menjadi saintis Malaysia pertama menjalankan penyelidikan musim sejuk di benua Antartika.

Justin akan menjalankan program penyelidikan musim sejuk selama enam bulan di benua paling sejuk itu bermula 15 Mac ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia akan menjadi satu catatan sejarah apabila bendera Sabah dan Jalur Gemilang dikibarkan buat kali pertama di benua Antartika atau lebih spesifik di Pulau King George, Antartika.

“Ini adalah satu sejarah buat kita dan saya percaya rakyat Sabah dan Malaysia akan berbangga dengan Dr Justin dan kita harap beliau akan berjaya,” katanya semasa majlis penyerahan bendera Sabah kepada Dr Justin di Menara Kinabalu hari ini.

Justin akan menjalankan penyelidikan mengenai ‘Tropospheric Ozone and Halocarbons Variations’ di Semenanjung Antartika iaitu kawasan yang mempunyai cuaca yang ekstrim.

Menurut Justin, Antartika merupakan lokasi terbaik untuk memantau perubahan iklim dan impaknya kepada dunia.

“Saya berharap kejayaan ini nanti dapat memberi motivasi kepada penyelidik lain terutama, anak muda Sabah untuk mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang, termasuk sains,” katanya.

Penyelidikan itu akan dilakukan dengan kerjasama Universiti Santiago, Chile dan ditaja melalui geran penyelidikan dari Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini.

YPASM akan mengadakan acara penghantaran Justin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 19 Mac ini. -utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya