Penjawat awam maut, motosikal bergesel

Penjawat awam maut, motosikal bergesel

KEADAAN mangsa maut di lokasi kejadian di Kilometer (KM) 1.9 SKVE hala Kajang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang penjawat awam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas selepas bergesel dengan sebuah motosikal lain di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang di Kilometer (KM) 1.9 SKVE hala Kajang itu, mangsa berusia 46 tahun yang berasal dari Kajang maut serta-merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah motosikal lain dari arah Putrajaya ke Kajang.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan kedua-dua penunggang hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipandu seorang wanita.

“Akibat kejadian itu, mangsa bersama seorang lagi penunggang motosikal terjatuh atas jalan raya. Bagaimanapun, mangsa terus terbaring atas jalan raya, manakala seorang lagi penunggang bangun dan meninggalkan lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik dari Hospital Serdang,” katanya hari ini.

Justeru, katanya, pihaknya kini sedang mengesan pemilik penunggang motosikal dengan nombor pendaftran WC7152R bagi membantu siasatan.

POLIS kesan penunggang motosikal dengan nombor pendaftaran WC7152R bantu siasatan kes kemalangan maut.

Wan Kamarul Azran berkata, penunggang motosikal itu adalah saksi utama dalam kejadian itu dan diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Menurutnya, saksi bebas yang melihat kemalangan itu turut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noor Faizah di nombor 0138024605 untuk menyalurkan maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya