KANGAR: Semalam sepatutnya menjadi hari paling bersemangat buat Julia Abdul Rahman, 31, yang sudah bersiap sedia untuk memulakan perniagaan kelengkapan raya sempena Aidilfitri di tapak Mega Raya Aidilfitri Kangar Jaya di sini. Bagaimanapun, wanita tersebut terpaksa menangguhkan hasratnya selepas lima khemah perniagaannya di tapak perniagaan itu musnah dalam kejadian ribut di negeri ini semalam sekali gus turut menyebabkan dia mengalami kerugian sekitar RM500,000. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Julia berkata, khemah miliknya yang menjual barangan seperti baju Melayu, baju kanak-kanak, beg dan permaidani musnah selepas tumbang dibadai angin kencang. “Kejadian tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya