Pengusaha van sekolah dilema mahu naikkan tambang

Pengusaha van sekolah dilema mahu naikkan tambang

V. VIJAYAKUMARAN bersama isteri, S. Kaveri membersihkan van sekolah yang menjadi sumber pendapatan utama mereka sejak 10 tahun lalu ketika ditemui di rumah mereka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: “Saya tidak boleh letak (harga) tambang mahal-mahal sebab saya tahu, semua orang susah sekarang. Jadi, saya pilih untuk pergi sekolah yang tidak jauh dari kawasan rumah saya untuk jimatkan kos.”

Itu kata seorang pengusaha van sekolah, V. Vijayakumaran, 70, ketika ditanya mengenai persiapan dan cabaran yang akan dihadapinya pada sesi baharu persekolahan kali ini.

Menurut Vijayakumaran yang tinggal di Jalan Megat Harun di sini, jika dahulu, dia mampu menghantar murid serta pelajar di beberapa sekolah hingga ke Bukit Teh dan Machang Bubok, namun kini dia perlu lebih memilih.

“Sekarang, saya hantar mereka ke sekolah di sekitar Kota Permai kerana lebih dekat dengan kawasan rumah saya,” kata pesara kerajaan itu kepada Utusan Malaysia, semalam.

Vijayakumaran yang berpengalaman sebagai pemandu van sekolah sejak hampir 10 tahun berkata, ketika ini, kadar tambang yang dikenakan sangat berpatutan untuk perjalanan sehala sama ada menghantar atau mengambil penumpang.

“Paling minimum, saya caj RM50 sebulan dan paling tinggi pun RM80. Tidak sampai RM100. Itupun bergantung kepada jarak perjalanan dan kekerapan.

“Keutamaan juga saya beri kepada mereka yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini,” katanya yang pernah berdepan masalah tunggakan baki tambang tidak berbayar oleh pelanggannya sebelum ini, namun berjaya diselesaikan secara baik.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha van sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 45, berkata, dia juga berada dalam dilema sama ada untuk menaikkan harga tambang atau sebaliknya.

Katanya, ini kerana kebanyakan penumpangnya adalah anak, saudara atau jiran kepada rakan-rakan dan kenalan.

“Jadi saya fikir, jika saya kekalkan harga tambang yang sama, mungkin saya terpaksa bekerja lebih masa atau mencari pendapatan sampingan lain.

“Apapun, mungkin dalam masa satu atau dua hari ini saya akan cuba slow talk (berbincang secara baik) dengan mereka untuk mencari jalan penyelesaian terbaik,” jelas Azman. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya