Penghantar makanan maut, motosikal bertembung SUV - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut, motosikal bertembung SUV

KEADAAN motosikal penghantar makanan yang bertembung kenderaan jenis SUV di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor dekat Ipoh semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Haval di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini semalam.

Nahas tersebut mengorbankan mangsa berusia 32 tahun di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis menerima laporan kemalangan membabitkan SUV jenama Haval dan motosikal Honda RS150 pada pukul 10.44 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta dipandu lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari arah Tanjung Rambutan menghala ke Chemor.

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, kereta tersebut telah bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Katanya, punca kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya