Penganggur didenda RM8,000 sebar gambar lucah - Utusan Malaysia

Penganggur didenda RM8,000 sebar gambar lucah

AHMAD Fais Ibrahim (kanan) berbincang dengan peguam, Abdul Hayyi Salim selepas mengaku salah menyebar gambar lucah di Mahkamah Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menyebarkan gambar lucah melalui aplikasi Telegram, dua tahun lalu.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membuat keputusan itu selepas tertuduh, Ahmad Fais Ibrahim, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Fais didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah secara sedar dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus pada pukul 3.54 petang pada 21 Februari 2021.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya