Pendaki dijumpai selamat selepas lebih 12 jam hilang - Utusan Malaysia

Pendaki dijumpai selamat selepas lebih 12 jam hilang

ANGGOTA bomba bersama lelaki (tengah) yang ditemukan hari ini selepas dilaporkan hilang sejak semalam ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Liang dekat Tanjung Malim. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang pendaki berusia 68 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Liang dekat sini, ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zaiful Fahmi Mohd. Nazari berkata, maklumat kejadian itu diterima semalam, pada pukul 6.58 petang.

Katanya, warga emas itu dijumpai pada pukul 10.19 pagi hari ini, pada jarak empat kilometer (KM) dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

“Difahamkan, lelaki terbabit terpisah daripada dua rakannya ketika menuruni gunung. Mangsa telah menghubungi anaknya bagi memaklumkan lokasinya berada.

“Mangsa yang dalam keadaan keletihan diberikan rawatan awal dan dibantu keluar dari lokasi pendakian sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya