Pemudah mahu kurangkan kebergantungan pada pekerja asing

Parlimen: Pemudah mahu kurangkan kebergantungan pada pekerja asing, wujudkan peluang pekerjaan sepadan 

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) memutuskan akan kurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, meluaskan inisiatif pekerjaan termasuk Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) dan memendekkan tempoh masa permohonan permit penyediaan pekerjaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dua daripada keputusan itu dijangka dapat dilaksana dalam tempoh tiga bulan lagi bagi memenuhi keperluan undang-undang. 

“Pertama, bersabit dengan mengurangkan penggantungan pekerja asing, seterusnya  mengenai rancangan kita menambahkan atau menyebar luas beberapa program pilot sebelum ini berkaitan TVET dan juga latihan dalam industri dan akhir sekali adalah proses untuk mendapat permit. 

“Ketiga-tiga perkara ini cukup penting kepada industri kerana ia bersabit dengan tenaga kerja dan satu peralihan yang kita perlu buat daripada tenaga kerja yang berfokus pada supply-driven beralih kepada demand-driven maksudnya latihan dan juga penyediaan penambahbaikan kemahiran itu dikerahkan oleh pihak industri dengan bantuan kerajaan. 

“Ini selari dengan keputusan perdana menteri untuk mengalihkan pendekatan kita daripada semata-mata hanya melibatkan institusi kerajaan yang menawarkan latihan dan skim TVET kepada kaedah melatih pekerja ini terus ke dalam industri dan kemudian disijilkan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. 

Awal Februari lalu, Rafizi mengumumkan kerajaan akan memulakan kembali platform Pemudah untuk menyelesaikan proses dan prosedur di peringkat kerajaan, sekali gus mempercepatkan urusan perniagaan serta industri.

Turut serta dalam sidang media tersebut adalah adalah Pengarah Urusan Mydin yang merupakan pengerusi bersama Pemudah, Datuk Ameer Ali Mydin dan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman. 

Menurut Rafizi, mesyuarat pertama jawatankuasa itu  bersetuju  satu kaedah dan proses permohonan permit yang lebih pendek dan baik akan diumumkan oleh kerajaan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. 

“Tiga bulan itu untuk memberi ruang dan masa kepada semua agensi yang terlibat untuk kita lakukan harmonisasi untuk memastikan dalam usaha kita memendekkan dan memudahkan proses permohonan permit itu, ia juga untuk mematuhi semua kehendak undang-undang dan dasar negara. 

“Kita juga bersetuju langkah-langkah dan program untuk menambah skala ke peringkat nasional program akademi industri, kita sebar luas dan kemudian kita akan tambahkan skala ini. 

“Ini juga kita akan muktamadkan juga dalam tempoh tiga bulan supaya kita boleh mula padankan di antara pekerja-pekerja dan lepasan sekolah kepada kekosongan yang ada bukan sahaja memenuhi permintaan daripada industri tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya