Pemilihan UMNO: Nurul Amal dahului persaingan Ketua Puteri

Pemilihan UMNO: Nurul Amal dahului persaingan Ketua Puteri

NURUL AMAL MOHD. FAUZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi mendahului persaingan jawatan Ketua Puteri UMNO dalam pemilihan parti itu hari ini berbanding lima calon lain.

Nurul Amal memperoleh 16 undi daripada 191 bahagian diikuti Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar yang mendapat 10 undi.

Tiga lagi pencabar iaitu Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun; Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; Exco Puteri UMNO, Fadhwa Anuar dan Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurul Hazwani Haslan berada di belakang.

Bagi Wanita UMNO Malaysia, seramai dua calon menawarkan diri bertanding untuk jawatan Pengerusi Tetap manakala Timbalan Pengerusi Tetap (empat calon), Ketua Wanita UMNO (dua calon), Naib Ketua Wanita UMNO (dua calon) dan 61 orang bagi jawatan Exco.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pula , seramai tujuh calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (empat), Naib Ketua (empat) dan 113 jawatan Exco.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyaksikan dua calon menawarkan diri bagi jawatan Pengerusi Tetap, dua Timbalan Pengerusi Tetap, enam untuk Ketua, tiga Naib Ketua dan 42 calon bagi jawatan Exco.

Pada minggu depan, ditetapkan pemilihan melibatkan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) serta pertandingan pimpinan bahagian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya