Pemilihan UMNO: Dr. Muhamad Akmal dahulu undi Ketua Pemuda 

Pemilihan UMNO: Dr. Muhamad Akmal dahului undi Ketua Pemuda 

DR. MUHAMAD AKMAL SALEH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh mendahului kiraan undi pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO setakat ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Dr. Muhamad Akmal memperoleh 63 undi daripada 191 bahagian, antaranya Permatang Pauh, Bangi, Kota Melaka, Teluk Intan dan Muar.

Selain itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah masing-masing mendapat dua dan tiga undi.

Mohd. Shahar mendapat sokongan dua undi  manakala Armand Azha pula tiga undi.

Persoalan siapa yang bakal mengemudi sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan terjawab pada hari ini apabila Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 membuka tirai hari ini dengan proses pengundian para perwakilan di seluruh negara.

Bagi Wanita UMNO Malaysia, seramai dua calon mempertandingkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (4), Ketua Wanita UMNO (2), Naib Ketua Wanita UMNO (2) dan 61 bagi jawatan Exco.

Manakala untuk Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seramai tujuh orang calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (4), Naib Ketua (4) dan 113 jawatan Exco.

Bagi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pula, dua orang calon telah menawarkan diri bagi jawatan Pengerusi Tetap, dua Timbalan Pengerusi Tetap, enam untuk Ketua, tiga Naib Ketua dan 42 calon bagi jawatan Exco. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya