Pembinaan KB Sentral bermula dalam tempoh terdekat

Pembinaan KB Sentral bermula dalam tempoh terdekat

AHMAD Yakob (tengah) menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Pemaju Projek Pembangunan KB Sentral di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. -UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembinaan projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) bernilai RM64 juta di Mukim Pendek akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek yang dibangunkan sebagai kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di atas kawasan seluas 2.02 hektar itu dijangka siap pada 2026.

“Syarikat Widad melalui syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Innovative City Holdings Sdn. Bhd. akan melaksanakan pembangunan dan pengoperasian KB Sentral.

“Pembangunan projek ini akan dilaksanakan secara penswastaan dengan segala kos tanah dan pembangunan projek ini  ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pemaju,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Pemaju Projek Pembangunan KB Sentral di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, konsep pembinaan terminal KB Sentral akan dipenuhi dengan ciri-ciri Islamik, mesra alam dan teknologi hijau, mesra pejalan kaki serta mesra orang kurang upaya (OKU) serta dilengkapi tempat letak kereta, pusat konvensyen, hotel, Direct Factory Outlet (DFO) dan sebagainya.

“Pembangunan KB Sentral seiring dengan pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah bermula pada tahun 2020 dan dijangka siap pada 2027.

“Kerajaan negeri menaruh harapan dengan adanya Pembangunan KB Sentral nanti akan menjadikannya sebagai hab sistem pengangkutan yang berkualiti kepada rakyat,” ujarnya.

Ahmad berkata, kerajaan Negeri juga amat menggalakkan peranan dan keterlibatan sektor swasta dalam rancangan pembangunan bandar baharu Tunjong terutama sektor perumahan dan perniagaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kerajaan Kelantan memberi jaminan pembinaan projek KB Sentral di Tunjong dekat sini dijangka siap pada hujung 2025 dan akan menggantikan terminal bas sementara yang sedang beroperasi di Lembah Sireh ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya