Pemandu kereta langgar lari warga emas serah diri  - Utusan Malaysia

Pemandu kereta langgar lari warga emas serah diri 

KERETA Perodua Myvi yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari seorang warga emas di Kampung Rhu Muda, Marang, pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pemandu kereta Perodua Myvi yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes kejadian langgar lari seorang warga emas di Kampung Rhu Muda, di sini, Ahad lalu tampil menyerah diri, semalam

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata,  lelaki berusia 42 tahun dari Bukit Payung dekat sini, menyerah diri ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini pada pukul 2.56 petang semalam. 

Katanya, siasatan mendapati lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu jentera mempunyai lesen memandu yang sah.

“Lelaki terbabit yang dipercayai memandu Perodua Myvi ketika kejadian telah serah diri kepada polis dan membuat laporan mengenai kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, polis telah merampas  kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langar lari itu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat  mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Dalam kejadian pada pukul 8.50 malam, mangsa, Esah Awang, 72, yang dilanggar lari sebuah kereta ketika melintas jalan untuk menunaikan solat di masjid  meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya