Pelajar UMT wakili negara ke AFUCA

Pelajar UMT wakili negara ke AFUCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terpilih untuk mewakili negara bagi penganjuran XXVI Ordinary Session of the Asian-Pacific Federation of Clubs and Associations (AFUCA) bagi Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO  dan Seminar Peningkatan Kesedaran Antarabangsa Pembanguan Lestari di Kazakhstan pada 1 hingga 4 April ini

Mahasiswa berkenaan, Dhipan Raj Subramaniam yang merupakan  pelajar Sarjana Muda Biologi Marin, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) UMT mewakili negara ke persidangan antarabangsa itu yang bertemakan “Transformasi Pendidikan: Membangun, Melaksana dan Menilai” yang diadakan di Almaty.

Barisan panel pemilih bersetuju melantiknya bagi menghadiri persidangan tersebut setelah melihat ketokohan dan pengalaman dalam kepimpinan melalui penganjuran acara dan pengurusan kelab di peringkat universiti dan komuniti.

Dhipan (kanan) bersama Dr. Izani Mohd. Zain selepas diumumkan sebagai wakil Malaysia ke Kazakstan

Dia yang juga selaku presiden Kelab Marina berjaya mempromosikan budaya penjagaan alam sekitar melalui jalinan usaha sama dengan syarikat korporat dan juga pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dalam usaha mengekalkan kelestarian secara bersama.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain menganggap pemilihan itu suatu pengiktirafan kepada universiti berkenaan

“Sekalung tahniah dan syabas atas pemilihan ini. Saya amat berbangga dan ia merupakan suatu pengiktirafan kepada UMT.

“Selamat maju jaya dan harumkan nama negara di pentas antarabangsa”. katanya.

UMT yang ditubuhkan sebagai Pusat Perikanan UPM pada 1979 telah melalui pelbagai peringkat evolusi berjaya menempa nama di pelbagai peringkat menerusi pencapaian akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan mahasiswa.

Antara pencapaian dan pengiktirafan yang telah diperolehi UMT iaitu penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, MyMoheS, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya