KUALA LUMPUR: Permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai gabungan politik Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tindakan yang terdesak dan oportunis. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, beliau secara peribadi membantah permohonan parti itu. “Ia tindakan yang terdesak, oportunis dan tiada prinsip pihak yang kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu. Secara peribadi saya membantah permohonan Pejuang menyertai PN,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook hari ini. Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini dilaporkan mahu menjadi salah satu komponen dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya