PEJABAT Guaman Haris Salleh & rakan-rakan menyumbangkan sebanyak lima gulung karpet bernilai RM2,500 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Temin, Jerantut baru-baru ini.
Wakil pejabat guaman tersebut, Haris Salleh Hamzah berkata, karpet itu disumbangkan kepada PIBG sekolah tersebut untuk melengkapkan kemudahan guru dan murid beribadat serta menjalankan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan dan hari biasa.
“Sumbangan karpet serta peralatan lain termasuk barang keperluan asas merupakan tanggungjawab sosial pejabat guaman kami kepada sekolah, pertubuhan masyarakat dan juga mereka yang kurang berkemampuan di daerah ini,” katanya di SK Temin, Jerantut baru-baru ini. –utusan