SHAH ALAM: Badan Perhubungan Pas Selangor menggesa siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti dilaksanakan dengan suci hati serta memastikan pendakwaan tidak dilakukan berdasarkan agenda politik. Setiausahanya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, Pas bagaimanapun mendukung prinsip kedaulatan undang-undang negara dalam kes yang tulen (collateral purposes) bukannya berpilih-pilih atas kepentingan politik. “PAS Selangor menyatakan solidariti ke atas TSMY (Muhyiddin) yang ditahan oleh SPRM dan didakwa di Mahkamah pagi ini berkaitan isu-isu yang melibatkan peniaga Melayu dan Bumiputera melalui inisiatif Jana Wibawa dan pengecualian cukai khas terhadap Yayasan Al-Bukhary.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya