Parut 10 jahitan, hadiah hari jadi saya - Nurul Shuhada - Utusan Malaysia

Parut 10 jahitan, hadiah hari jadi saya – Nurul Shuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Parut tetap parut kan. Inilah hadiah hari jadi ke 29 saya. Lebih 10 jahitan. Ini lebih sakit daripada melahirkan anak.”

Demikian luahan isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri selepas didakwa ditumbuk tiga kali oleh suaminya dalam satu kejadian minggu lalu.

Nurul Suhada berkata, setakat kes masih lagi dalam siasatan dan dia menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk mendapatkan kebenaran.

“Tujuh tahun kahwin, saya tahu perangai dia. Takkan saya mahu undang provokasi. Saya masih bercakap dengan baik. Saya tak akan jatuhkan maruah saya. Saya masih ada harga diri.

“Saya cuma mahu pertahankan diri dan anak-anak. Saya ini bukan artis. Cukuplah saya ditindas. Saya cuma mahu meneruskan ini demi kelangsungan hidup anak-anak yang masih kecil.

“Soal dia minta maaf atau tidak itu, biarlah Tuhan sahaja tahu. Susah nak cakap bab keikhlasan orang. Kita tak tahu, hari ini dia minta maaf esok akan buat lagi atau tidak,”katanya.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata demikian dalam satu temubual program hiburan popular, Melodi.

Sementara itu, Nurul Shuhada turut menjelaskan, dia tidak mahu menyimpan dendam dan nekad untuk tidak menoleh ke belakang demi anak-anak.

“Kalau dendam pun sampai bila. Sekarang, saya betul-betul mahu move on. Kehidupan saya sudah tertulis. Allah sudah tunjuk. Mula-mula curang, sekarang ini (ditumbuk).

“Sekiranya mereka (Hafidz dan orang ketiga) berkahwin, saya ucapkan selamat pengantin baharu. Semoga berbahagia hingga ke akhir usia,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya