Parlimen: Status doktor kontrak dibincang antara KKM dengan JPA

Parlimen: Status doktor kontrak dibincang antara KKM dengan JPA

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha penyerapan petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen kini sedang dalam peringkat perbincangan di antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, usaha ini adalah bagi menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM 29.1 billion pada 2021.

“Kita sedar beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen iaitu pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 billion dan kemudiannya meningkat kepada RM29.1 bilion pada 2021, ini merupakan beban yang sangat tinggi dan mungkin akan terus meningkat.

“Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen, namun mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, Senator Jefridin Atan ingin tahu sama ada KKM mempertimbangkan untuk menambah jawatan doktor kontrak bagi mengatasi masalah bebanan kerja petugas kesihatan.

Zaliha dalam masa yang sama turut memaklumkan keadaan kini sesak di hospital ekoran peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Untuk mengurangkan kesesakan di hospital, kita telah melaksanakan projek rintis diketuai Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang juga ditubuhkan di bawah penyeliaan Ketua Setiausaha Negara.

“KKM juga membudayakan usaha pendigitalan untuk kurangkan beban kerja anggota KKM selain melaksanakan amalan penjadualan yang boleh membantu memastikan anggota mempunyai masa rehat mencukupi antara syif termasuk dalam memberikan cuti kepada petugas kesihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya