Parlimen: Skim pencen bekas anggota tentera dinilai semula - Utusan Malaysia

Parlimen: Skim pencen bekas anggota tentera dinilai semula

ADLY Zahari berbual dengan seorang veteran ATM, Zamri Kasmin yang mengalami masalah penglihatan di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menilai semula skim pencen bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara menyeluruh termasuk pemberian pencen hilang upaya, kebajikan dan pengurusan perkhidmatan kesihatan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kajian dan semakan semula itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk tangga gaji, keadaan hilang upaya dan tanggungannya.

Katanya, kertas cadangan penambahbaikan berkenaan sedang diperhalusi dan akan dikemuka kepada agensi pusat bagi mendapatkan persetujuan berhubung implikasi kewangan yang perlu ditanggung.

“Kita jalankan kajian dengan semakan kepada penilaian itu bukan saja berdasarkan tangga gaji, tetapi turut melihat hilang upaya. Ini kerana ada sebahagian mereka yang hilang upaya ini langsung tidak dapat menguruskan diri.

“Sebab itu kementerian turut memberikan bantuan kepada individu yang menjaga veteran hilang upaya ini. Ia juga kita ambil kira sebagai antara faktor dalam membantu veteran ATM ini,” katanya semasa bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Khlir Mohd. Nor (PN-Ketereh) jika kerajaan merancang melakukan penambahbaikan bagi kadar pemberian pencen hilang upaya yang ketika ini diberi kepada anggota mengalami hilang upaya daripada darjah 20 hingga 100 peratus.

Kata Adly, hal kebajikan veteran ATM tidak pernah diabai, buktinya, sebanyak RM105 juta dibelanja setahun bagi perbelanjaan perubatan, ubat-ubatan dan perkhidmatan di fasiliti kesihatan.

“Biasanya bagi mereka yang hilang upaya di bawah 20 peratus, diberi sumbangan sekali bayar, bagi yang hilang upaya antara 20 peratus hingga 100 peratus pada anggota badan, kadar pencen semasa di antara RM112 hingga RM1,022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya