PARLIMEN: RM420 juta kos untuk 6 PRN

PARLIMEN: RM420 juta kos untuk 6 PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Kira-kira RM420 juta perbelanjaan diperuntukkan untuk enam pilihan raya negeri (PRN).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, anggaran itu mengambil kira keadaan semasa jika PRN dibuat pada tahun ini.

“Ini enam negeri yang akan datang nanti dan saya bersetuju dengan apa yang Ahli Parlimen Bachok cadangkan supaya diadakan pilihan raya itu pada hari Sabtu,” katanya.

Terdahulu, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) memberi cadangan kepada kerajaan supaya PRN diadakan pada Sabtu.

Dalam masa yang sama, Ahmad turut berkata, cadangan berkenaan boleh diambil kira, sekali gus menyifatkan ia suatu cadangan yang baik memandangkan ke semua enam negeri terbabit cuti pada hari Sabtu.

“Elok hari Sabtu, sebab hari Jumaat di sebelah Pantai Timur cuti, elok hari Sabtu, saya setuju dan saya kira SPR juga tiada masalah untuk itu,” katanya.

Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka mengadakan pilihan raya pada Jun ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya